Pihak bantah kerjasama Pas dan UMNO disifatkan bersikap seperti Yahudi - Utusan Malaysia

Pihak bantah kerjasama Pas dan UMNO disifatkan bersikap seperti Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pihak yang membantah kerjasama di antara Pas dan UMNO bersikap seperti Yahudi.

Abdul Hadi Awang

Menurutnya, ini kerana perbuatan itu sama dengan sikap orang Yahudi yang menentang usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan umat Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Abdul Hadi menegaskan kedua-dua parti kini bekerjasama bagi menyelamatkan negara.

“Lepas itu bila UMNO dan Pas hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain.

“Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu semasa zaman Nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight.

Beliau dilapor berkata demikian ketika program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini