SEREMBAN 16 April – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Ahmadi (MANS) di Gemencheh dekat Tampin, hari ini menerima sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun kepada Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Hasnan Hashim pada majlis ringkas di Wisma Negeri dekat sini. Menurut Aminuddin, sumbangan itu bagi membolehkan persatuan itu menjalankan pelbagai aktiviti untuk kemudahan dan manfaat kira-kira 520 pelajar sekolah…










