KUANTAN 3 April – Pahang tidak berdepan laluan sukar untuk ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA, selepas membelasah Persada Integriti Bersatu (PIB FC) 4-0 di Stadium Darul Makmur di sini, sebentar tadi Anak buah Dollah Salleh ternyata mendominasi permainan sejurus selepas perlawanan dimulakan sehingga aksi pusingan kedua itu berakhir. Wan Zaharulnizam menjaringkan gol pertama skuad Tok Gajah pada minit kesembilan diikuti jaringan kedua oleh Ze Love pada minit ke-14.…










