ALOR SETAR 16 April – Kedah menepati ramalan melangkah ke suku akhir Piala FA selepas mudah menewaskan PJ City 2-0 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Darul Aman, malam ini. Pertahanan tinggi lampai Lang Merah, Renan Alves meletakkan Kedah di hadapan seawal minit kedua apabila berjaya menguis masuk bola di hadapan gawang PJ City hasil sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar. Bagaimanapun, Renan dilayangkan kad kuning apabila bertindak membuka jersi ketika meraikan…










