KOTA BHARU 16 April – Kerajaan Pas Kelantan berharap syarikat multinasional negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat keputusan yang bijak dalam prosiding penarikan balik saman royalti. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun kerajaan negeri mahu menarik balik saman namun ia terpulang kepada Petronas yang mungkin tidak bersetuju dan mahu kes dibicarakan. “(Esok) kita tarik balik saman tetapi bergantung kepada Petronas, kalau dia tidak setuju maka kena…










