Pesawat terbabas dari landasan, tiga maut - Utusan Malaysia

Pesawat terbabas dari landasan, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU 14 April – Seramai tiga orang terkorban manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil tergelincir dari landasan dan merempuh dua buah helikopter ketika berlepas berdekatan Gunung Everest hari ini.

Insiden berkenaan berlaku di Lapangan Terbang Lukla, yang menjadi pintu masuk utama kepada wilayah Everest dan merupakan salah satu lapangan paling sukar untuk pesawat mendarat serta berlepas di dunia.

Menurut pegawai lapangan terbang terbabit, pembantu juruterbang dan seorang anggota polis yang berada di landasan, maut serta-merta di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga merupakan anggota polis meninggal dunia di hospital. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×