JAKARTA 3 April – Pesawat Garuda Indonesia penerbangan GA972 dari Banda Aceh ke Jeddah melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo, Sri Lanka pada pukul 9 malam semalam waktu tempatan. Jurucakap Garuda, Ikhsan Rosan mengesahkan kejadian tersebut seperti dilaporkan agensi berita Antara. Menurut Ikhsan, pesawat Airbus 330 itu melakukan pendaratan cemas kerana tekanan udara dalam pesawat berkurangan. Jelasnya, pesawat pengganti telah diterbangkan menuju Colombo dari Denpasar. Pesawat berkenaan…










