KUANTAN 30 April – Hasrat seorang pesara menunaikan umrah terkubur selepas kerugian RM25,600 ditipu sindiket pakej umrah palsu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 63 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada seorang individu berhubung satu program iaitu kursus pembimbing umrah dikendalikan sebuah syarikat. Beliau berkata, pesara berkenaan menyertai dua peringkat kursus tersebut sehingga ditawarkan pakej umrah oleh syarikat itu dengan harga RM4,900…










