KUANTAN – Seorang pesara kerajaan berusia 63 tahun di sini kerugian RM25,600 selepas ditipu ejen umrah pada 20 April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa terlebih dahulu ditawarkan kursus muwatif atau pembimbing umrah menerusi aplikasi WhatsApp yang dikirim suspek baru-baru ini. Ujar beliau lagi, lelaki itu bersetuju mengikuti kursus tersebut sebelum mendaftar pakej umrah bersama tiga ahli keluarganya dengan bayaran kos RM4,900…










