KUALA LUMPUR 1 April – Pertumbuhan bekalan wang secara meluas (M3) dan pinjaman dijangka kekal kukuh, masing-masing pada 5.5 dan 5.2 peratus tahun ini yang dapat memastikan tekanan permintaan didorong harga akan terkawal, menurut RHB Research Institute. Firma penyelidikan itu berpandangan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus pada 2019. RHB Research Institute berkata, berkemungkinan kelonggaran dasar monetari semakin ketara berikutan bank pusat…










