KUALA LUMPUR 15 April – Orang ramai berpeluang merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000 dengan menyertai pertandingan menulis artikel agama sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-61. Sehubungan itu, mereka yang berbakat dan berminat boleh menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pada 20 April ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, artikel agama itu perlulah mengenai al-Quran sebagai sumber ilmu dan kehidupan…










