Pertandingan Melukis Doodle percuma - Utusan Malaysia

Pertandingan Melukis Doodle percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Pertandingan Melukis Doodle bersempena Fiesta Mural 2019 pada 4 Mei ini di Taman Bandaraya Bukit Serindit.

–

MBMB dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, pertandingan yang bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka yang berminat boleh menyertai aktiviti ini secara percuma dan pendaftaran dibuka secara dalam talian bermula 1 hingga 30 April 2019.

“Pemenang berpeluang membawa hadiah wang tunai bernilai RM250 serta hamper. Lukisan hendaklah bertemakan Tahun Me-lawat Melaka 2019,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi penganjur di talian 019-6964442 (Noorleza) atau 016-6260156 (Raudzah). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini