Persembahan hambar memaksa Hazard dimasukkan - Utusan Malaysia

Persembahan hambar memaksa Hazard dimasukkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 APRIL – Maurizio Sarri mengakui dia terpaksa memasukkan Eden Hazard bagi menyelamatkan Chelsea ketika menentang Slavia Prague dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa.

Jurulatih Chelsea itu pada mulanya tidak mahu menurunkan Hazard dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sinobo namun persembahan goyah yang dipamerkan The Blues telah memaksanya untuk memasukkan Hazard di babak kedua.

Tandukan Marcus Alonso pada lewat permainan menyelamatkan Chelsea untuk melakar kemenangan 1-0 dan kini The Blues perlu melengkapkan tugasan mereka pada aksi timbal balik untuk layak ke separuh akhir kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chelsea berdepan satu lagi tugasan apabila bakal menghadapi Liverpool di Anfield, Ahad ini dalam usaha mereka menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) empat pasukan teratas.

Ketika ditanya sama ada Sarri mempunyai perancangan untuk menurunkan Hazzard, dia berkata;’Tidak, pada awal permainan saya mahu dia duduk di bangku simpanan sebab saya fikir perlawanan itu amat sukar.

“Mungkin saya perlu menggunakan dia. Sudah tentu, jika tamat separuh masa pertama kami mendahului 1-0, saya tidak akan menggunakan dia,” katanya.

Walaupun Chelsea dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir namun Sarri memberi amaran kepada pemainnya untuk menjangkakan cabaran sengit yang bakal diberikan oleh lawan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini