KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka permohonan menyewa tempat penginapan dalam program perumahan bandar untuk golongan bujang B40 yang bekerja di ibu kota pada Ogos ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. Katanya, permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL iaitu http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/. Menurut beliau, pihaknya akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama manakala 135 penyewa untuk fasa kedua. …










