Permaisuri Agong lawat Muzium Ranee Brooke - Utusan Malaysia

Permaisuri Agong lawat Muzium Ranee Brooke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat melawat Muzium Ranee Brooke yang terletak di bangunan Mahkamah Lama Kuching di sini.

Baginda  yang  diiringi isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkenan melihat pameran produk kraftangan yang diadakan.

Tunku Azizah turut berkenan menyertai demonstrasi masakan tradisional Sarawak dan bersalaman dengan beberapa peserta Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang mengadakan program di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika di Muzium Ranee Brooke, baginda dipersembahkan cenderamata diraja oleh kerajaan negeri Sarawak berupa senaskhah buku ‘Songket dan Keringkam: Warisan Melayu Sarawak’, sehelai tudung keringkam dan sebuah beg tangan yang disulam khas daripada keringkam emas.

Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini selepas melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini