KANGAR 17 April – Perlis bersetuju dengan cadangan kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar tarif air di negeri ini yang sudah terlalu lama tidak pernah disemak. AZLAN MAN Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kenaikan tersebut yang masih di peringkat penelitian dijamin tidak akan membebankan pengguna. “Kita bersetuju perlu dibuat penyelarasan semua tarif air selepas sekian lama tidak pernah disemak. Penyelarasan itu penting untuk kita buat penambahbaikan terhadap perkhidmatan…










