PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perjanjian air adalah antara isu yang dibincangkan Mahathir dengan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di sini hari ini. Malaysia dan Singapura terikat di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962. Bagi…










