BRO sememangnya tahu perempuan ini penuh sikap emosional tetapi biarlah bertempat. Janganlah `main belasah’ sahaja bercakap apabila mahu memperkatakan sesuatu perkara apatah lagi kalau ia ada kaitan dengan hukum hakam agama. Bro tak kisah kalau dalam sesuatu perbuatan yang baik ada perempuan tidak mahu buat, itu hak masing-masing tetapi berhati-hatilah bercakap. Sebenarnya Bro dah banyak kali baca dalam laman-laman sosial bagaimana sesetengah perempuan komen sesuatu perkara ikut suka hati sahaja…










