KUALA LUMPUR 29 April – Peraturan baharu mengenai cermin gelap akan diumumkan awal bulan depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar. Menurutnya, dasar baharu yang hampir muktamad itu akan menekankan isu ketelusan dari segi proses permohonan disamping meningkatkan hasil kerajaan. “Sejak Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan telah membekukan kelulusan permohonan baharu penggunaan cermin gelap kerana terdapat ketirisan dan kelemahan pada dasar yang sedia ada,” katanya ketika menggulung perbahasan titah…










