Peranti serba memukau - Utusan Malaysia

Peranti serba memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap tahun Samsung akan melancarkan barisan peranti utamanya iaitu dari siri S. Seperti biasa pada tahun ini, Samsung melancarkan bukan satu tetapi tiga peranti S. Bermula dari harga RM2,699 hingga ke RM3,699.

Pun begitu, Samsung selalu tertumpu kepada variannya yang termahal iaitu S10+ yang berkonsepkan lagi mahal sesebuah peranti itu, lagi sempurnalah sifat-sifatnya.

Samsung s10+ side
Samsung S10+ 

Dalam reviu gajet kali ini kita akan membahaskan tentang Samsung Galaxy S10+ penerus generasi S9+ dari tahun lepas. Berbaloikah peranti ini untuk dimiliki? Untuk sesiapa yang bercita-cita memilikinya, cuba selusuri apa yang dibincangkan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan paling tinggi setakat ini iaitu Exynos 9820 di Malaysia dan Snapdragon 855 di pasaran Amerika Syarikat.

Tidak dinafikan cip ini yang benar-benar berkuasa dan terbaru pada tahun ini.

Kualiti binaan peranti ini amat premium dengan sentuhan kaca melengkung depan dan belakang sambil bahagian tepi diberi kemasan aluminium berkilat yang sangat elegan.

Saiz skrin adalah 6.4 inci dinamik Amoled dengan aspek ratio 19:9 yang dapat memberikan keterangan skrin yang jitu. Kira-kira 88 peratus skrin dipenuhi antara muka Samsung One UI yang serba baru.

Kamera adalah kekuatan utama peranti ini.

Samsung s10+ side
Samsung s10+ dari sisi.

Berbekalkan tiga kamera belakang 12MP kamera utama, 12MP kamera telefoto dan 16MP ultra luas membolehkan kamera ini mengambil gambar yang sangat hebat.

Untuk kamera hadapan didatangkan dengan dwi kamera 10MP dan 8MP. Peletakan kamera hadapan ini juga amat unik iaitu di dalam skrin di sebelah kanan atas yang berbentuk pil.

Mengenai kuasa ateri, tidak seperti varian-varian yang lepas, kali ini peranti S ini dilengkapi dengan bateri yang lebih tahan lama seharian iaitu berkapasiti 4,100mAh. Ia juga dilengkapi dengan kabel pengecasan pantas 15 watt (W) juga pengecasan tanpa wayar juga 15 watt (W).

Bercakap tentang prestasi, tugas-tugas biasa seperti melayar web, media sosial, menghantar dan menerima emel tidak menjadi masalah kepada peranti ini. Tugas-tugas berat seperti bermain permainan mudah alih yang intensif atau menggunakan GPS juga boleh dijalankan tanpa menjadi beban yang besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini