KUALA LUMPUR 12 April – Perak masih buntu mencari kemenangan apabila mereka mencatat keputusan seri tiga kali berturut-turut selepas terikat 1-1 menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Skuad kendalian Mehmet Durakovic itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nor Hakim Hassan pada minit ke-36 bagaimanapun Sandro da Silva menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Perak gagal memanfaatkan peluang apabila Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nurridzuan Abu Hassan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57.
Memuatkan artikel berkaitan…
Keputusan seri itu membolehkan Selangor berada di tangga keempat dengan 13 mata manakala Perak di kedudukan ketujuh selepas mengumpul sembilan mata. – UTUSAN ONLINE











