Peragut menangis minta motosikal dipulangkan - Utusan Malaysia

Peragut menangis minta motosikal dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang peragut boleh disifatkan hilang ‘kejantanan’ apabila menangis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bagi meminta supaya motosikal digunakannya semasa melakukan jenayah tidak dirampas pihak berkuasa.

Itu susulan, motosikal tersebut didakwa suspek merupakan milik isterinya yang telah dibawa oleh mangsa selepas ditinggalkan oleh suspek dengan keadaan enjin masih hidup dalam kejadian Jumaat lalu.

Insiden itu kemudiannya menjadi tular di laman sosial Facebook (FB) selepas posting mengenainya dimuat naik mangsa dan menerima 18,000 tanda suka dan dikongsi lebih 7,000 kali. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengguna FB rata-rata menyifatkan tindakan peragut itu seolah-olah lebih takut kepada isterinya berbanding melakukan jenayah ragut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. 
 
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes berkenaan. 

“Ini termasuk merekodkan keterangan daripada mangsa dan suspek bagi membantu siasatan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Difahamkan, mangsa telah mendapat semula beg duit yang telah diragut oleh suspek tersebut selepas lelaki itu hadir ke IPD bagi menuntut motosikalnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini