SEREMBAN 14 April – Pergaduhan melibatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) di bilik gerakan parti itu di Bandar Ekar, Rembau malam tadi dipercayai berpunca ekoran bayaran kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Ujarnya, seorang lelaki berusia…










