SITIAWAN – Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) Lumut dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi di muara Sungai Dinding, Sitiawan , semalam. Mangsa, Muhammad Zaffan Baharuldin, 27, dipercayai sedang mandi dan berenang di sungai yang difahamkan berada di kawasan kampus tersebut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, mangsa masih lagi belum ditemui dan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara pencarian di permukaan air.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya