AMPANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir sebelum tersepit di bawah lori berkenaan dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.13 petang itu, mangsa yang berusia sekitar 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan anggota badan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed…










