KUALA TERENGGANU – Seorang penolong pengurus sebuah syarikat kontraktor pembekalan ditahan reman selama enam hari sehingga Isnin depan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM261,000. Perintah reman tersebut dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab. Karim @ Isa pada hari ini. Sumber SPRM berkata, suspek yang berusia 27 tahun disyaki mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja membekal, memasang, menyusun dan menguji…










