JOHOR BAHRU 10 April – Seorang Penolong Pegawai Belia dan Sukan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembekal dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. Tertuduh, Norhayati Iskar, 37, yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Segamat, mengaku bersalah, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dengan tiada balasan daripada pemilik…










