LAGOS 29 April – Dua pekerja warga China yang diculik untuk dijadikan sebagai tebusan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol di Ohaozara, tenggara Nigeria, dibebaskan tanpa sebarang kecederaan, dua hari kemudian. AFP yang memetik jurucakap polis Ebonyi, Loveth Odah sebagai berkata, selepas polis melancarkan operasi memburu, penjenayah itu meninggalkan kedua-dua mangsa, Messrs Sun Zhi Xim dan Wang Qinghu, di sebuah hutan tebal sebelum melarikan diri. “Kita berjaya menyelamat mereka pagi kelmarin,”…










