KUALA LUMPUR – Seramai tujuh peniaga pasar malam di Taman Desa Fasa 1 di sini mendakwa tidak dibenarkan memperbaharui lesen tahunan di kawasan mereka menjaja selepas gagal melunaskan bayaran seperti yang dituntut oleh pihak ketiga. Peguam yang mewakili mereka, Kamarudin Ahmad berkata, kesemua peniaga di pasar malam taman tersebut dikehendaki melunaskan bayaran servis sebanyak RM210 kepada sebuah persatuan penjaja sebelum permohonan untuk memperbaharui lesen tahunan diluluskan pihak Dewan Bandaraya Kuala…










