Memetik akhbar Harian Metro, sumber polis berkata, lelaki itu yang juga penyokong sebuah parti ditahan di Rantau, 4 petang hari ini. Katanya, polis setakat ini sudah menahan tiga suspek yang memeriksa MPV terbabit sebaik mereka mendakwa polis membawa lebihan kertas undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. “Tiga lelaki ini akan dibawa ke Mahkamah Seremban, 9 pagi untuk permohonan reman,” katanya. Sementara itu Harian Metro dipetik…










