Pengunjung berpeluang menang RM500,000 dalam MSAM 2019 - Utusan Malaysia

Pengunjung berpeluang menang RM500,000 dalam MSAM 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 April – Sempena penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 anjuran Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), pengunjung berpeluang memenangi hadiah utama berupa perlindungan kemalangan peribadi sebanyak RM500,000.

Takaful Ikhlas dalam kenyataan hari ini memaklumkan peluang memenangi hadiah itu terbuka kepada pengunjung yang menyertai pelan perlindungan Takaful Am dengan dua lagi hadiah berupa perlindungan sama sebanyak RM300,000 dan RM200,000.

“Pengunjung yang menyertai pelan-pelan perlindungan Takaful Keluarga semasa program ini berlangsung juga layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah utama berupa produk unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bernilai RM5,500, RM4,500 dan RM3,500.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cabutan bertuah ini juga menyediakan pelbagai hadiah harian lain seperti barangan elektrik, jam kesihatan ‘Fitbit’ dan produk unit ASNB bernilai RM100 bagi pengunjung yang mendapatkan produk-produk perlindungan takaful daripada Takaful Ikhlas,” katanya di sini.

Takaful Ikhlas berkata, pihaknya juga telah menyusun pelbagai aktiviti menarik di ruang pameran sepanjang program itu berlangsung dari 19 April hingga 25 April di Perkarangan Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

Tambahnya, pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut serta mendapatkan produk-produk perlindungan takaful dalam program ini seperti Ikhlas Value Term Takaful, Ikhlas Education Takaful Plus, Ikhlas Basic Hospital Income Benefit Takaful, dan Ikhlas Houseowner Takaful.

“Kita menjemput warga Utara hadir ke ruang pameran MSAM dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktivit yang dianjurkan oleh Takaful Ikhlas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini