PELANCARAN pas perjalanan RM100 dan RM50 tanpa had selama 30 hari bagi perkhidmatan rel dan bas RapidKL yang diumumkan melalui Bajet 2019 disambut baik oleh masyarakat khususnya warga kota. KERATAN akhbar Utusan Malaysia esok yang memaparkan harapan pengguna Nadiputra agar penggunaan pas bulanan RM100 dan RM50 untuk tambang bas diperluas ke Putrajaya. Bagaimanapun, kemudahan yang dilaksanakan itu dikatakan masih tidak bersifat menyeluruh terutama kepada pengguna bas Nadiputra di Putrajaya yang…










