MELBOURNE 14 April – Seorang maut manakala tiga lagi cedera dengan seorang daripadanya parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali di luar sebuah kelab malam di sini semalam. Menurut polis, mangsa yang meninggal itu merupakan seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun. Namun, polis Melbourne tidak mengaitkan insiden berkenaan dengan kegiatan pengganas. – AFP










