Pengarah syarikat diburu, serah diri - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat diburu, serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat kilang tayar terpakai yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang awal Mac lalu tampil menyerah diri pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md. Din berkata, lelaki warganegara Singapura berusia 49 itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pukul 11.17 pagi.

“Suspek kini ditahan di lokap IPD Seri Alam dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan tuduh suspek esok di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dibawah Seksyen 34B Akta Alam Sekeliling 1974 dan dibacakan bersama Seksyen 42 akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kosmo! pada 25 Mac lalu melaporkan sebuh kilang pemprosesan tayar terpakai, P Tech Resources Sdn. Bhd. dan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyendi sini atas 15 pertuduhan masing-masing membabitkan kesalahan gagal mematuhi pemantauan udara bersih dan buangan terjadual di Sungai Kim Kim.

Tertuduh, Wang Jing Chao, 34, warga Singapura dan Yap Yoke Liang, 36, yang juga Orang Kena Saman (OKS) masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini