Penganjur akan pastikan penyertaan pasukan pro tour, tahun depan - Utusan Malaysia

Penganjur akan pastikan penyertaan pasukan pro tour, tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 13 April – Kementerian Belia dan Sukan, hari ini, memberi jaminan penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), tahun depan, akan turut disertai pasukan Jelajah Profesional (Pro Tour).

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Human Voyage (M) Sdn Bhd yang menguruskan LTdL 2019 mempunyai masa yang panjang untuk memastikan penyertaan pasukan bertaraf Pro Tour pada perlumbaan berbasikal terbesar di rantau ini, tahun depan.

“Pada tahun depan tidak akan berulang, kita lihatpun penganjur dilantik untuk tempoh tiga tahun maksudnya mereka akan ada masa bersedia dan pastikan tarikh penganjuran tidak bertindih bagi membolehkan pasukan Pro Tour turut sama menyertai LTdL tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa yang singkat penganjuran dapat digerakkan dengan begitu baik dengan kos paling rendah dalam sejarah Malaysia menggunakan dana kerajaan.

“Kita lihat liputan media dalam dan luar negara termasuk oleh beberapa rangkaian sukan seperti Al-Jazeera, saya fikir ini sangat baik, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan tahun depan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan pasukan bertaraf Pro Tour pada edisi LTdl ke-24 yang berakhir hari ini.

Syed Saddiq berkata, secara keseluruhan beliau sangat gembira dengan penganjuran LTdL 2019 yang disifatkannya sebagai berjaya.

Menurutnya, penganjuran LTdL tahun ini memberi kejayaan bermakna apabila membawa perlumbaan tersebut semula ke Langkawi pada dua peringkat terakhir, selain, mengembalikan peringkat perlumbaan Genting Highlands yang sudah lama dinantikan pelumba asing.

“Saya sangat gembira. Saya juga berharap mungkin pada tahun depan dengan kerjasama agak baik daripada pihak penganjur mungkin kita boleh bawa LTdL ke Sabah atau Sarawak untuk pastikan bahawa kita muktamadkan perlumbaan ini di seluruh Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini