SHAH ALAM – Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) diminta terus kekal dan yakin berikutan agihan hibah dijangka lebih tinggi tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pengurusan TH yang lebih baik ketika ini selain pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan. “Saya minta orang ramai (pendeposit) terus yakin dengan TH, terus kekal dengan TH. Kita ada pelan besar untuk TH. Kerajaan komited…










