“DALAM berdakwah, kita macam tukang tunjuk pintu sahaja, inilah pintu Islam, bila seseorang itu hendak masuk, mesti kita tolong buka kerana hidayah itu Allah yang bagi,” kata pengasas pertubuhan Misi As-Syahadah, Mohd. Fadli Yusof. Beliau ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Bicara Dai’ pada Bengkel Belia: Generasi Pelapis Pendakwah anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) baru-baru ini berkata, justeru dakwah perlu dilakukan dengan penuh hikmah di samping bijaksana dalam menarik minat…










