SETIU – Ekspedisi ke Gunung Sarut oleh sekumpulan 17 pendaki bertukar tragedi selepas seorang pendaki wanita mati lemas ketika mandi di Sungai Sarut di sekitar kawasan itu, hari ini. Dalam kejadian pukul 11.40 pagi itu, mangsa, Suria Awi, 46, dari Kuala Terengganu, disahkan meninggalkan dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Langkap ketika pasukan penyelamat menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa ke kaki gunung. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu,…









