Warna kehidupan pelakon Anzalna Nasir dan pasangannya, Hanif Zaki kini berseri-seri. Apa tidaknya, bukan sahaja bakal menimang zuriat pertama selepas tiga tahun berkahwin, kandungan yang sedang menanti hari untuk dilahirkan pada Jun depan bakal memenuhi impian bapa Anzalna, Mohd. Nasir Ibrahim sejak 26 tahun lalu. Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, selain suami, Mohamad Hanif Zaki yang sememangnya teruja dengan berita tersebut, Anzalna bersyukur bayi yang bakal dilahirkan kelak akan…










