KUALA TERENGGANU 10 April – Seorang pemuda direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah seorang majistret di sini, Ahad lalu. Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen / Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa hari ini. Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di rumahnya di Kampung…










