KOTA BHARU 29 April – Pemuda Parti Amanah Negara Kelantan mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk kepentingan pihak tertentu. Ketuanya Hazmi Hassan berkata tindakan itu akhirnya akan merugikan industri perladangan dan pertanian di negeri itu. “Semua pihak sebaliknya harus bekerjasama untuk memajukan dan membawa perubahan kepada industri terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyerahan memorandum oleh anggota kepada PPN negeri di pejabat pertubuhan itu di…










