SHAH ALAM – Dua individu termasuk seorang pemilik sebuah syarikat ditahan hari ini bagi membantu siasatan menerima suapan projek pembinaan gudang bernilai RM180,000. Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek berusia 40 dan 44 tahun itu ditahan pada pukul 5.20 petang selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Kata sumber itu, siasatan awal mendapati disyaki bekas pengurus projek telah menerima suapan daripada pemilik syarikat sebagai balasan mengesahkan kerja-kerja…










