SEBERANG PERAI – Seorang pembantu perawatan kesihatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas disyaki membuat tuntutan kerja lebih masa palsu bernilai lebih RM3,000. Suspek lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Pejabat SPRM negeri di George Town dekat sini selepas hadir memberi keterangan. Sumber dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, suspek didapati mengemukakan dokumen tuntutan elaun lebih masa untuk bulan Januari hingga Jun 2017 berjumlah RM3,000 sedangkan dia tidak melakukan kerja lebih masa. Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya