Pemantauan berterusan mangsa toksik - Utusan Malaysia

Pemantauan berterusan mangsa toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 April – Jabatan Kesihatan Negeri masih melakukan pemantauan secara proaktif terhadap mangsa insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Mac lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahudeen Abd. Aziz berkata, pemantauan secara berjadual itu dibuat bagi mengesan kesan jangka panjang akibat insiden itu.

“Kita masih melakukan pemantauan berterusan terhadap mangsa pencemaran Sungai Kim Kim, khususnya 26 pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemantauan itu dibuat secara berjadual, sama ada tiga bulan sekali atau enam bulan sekali,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Glaukoma di Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, mengikut hipotesis pihaknya, pendedahan sekali kepada bahan kimia ketika insiden berkenaan sepatutnya tidak mengakibatkan kesan jangka masa panjang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini