PUTRAJAYA 14 April – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan merasmikan Hotel Zenith Putrajaya, di sini. Pelancaran tersebut menandakan pembukaan rasmi hotel kedua rangkaian Zenith Hotels and Resorts dengan yang pertamanya di Kuantan, Pahang pada 2011. Terletak di Presint 2 yang dikelilingi oleh pejabat-pejabat kerajaan serta tarikan-tarikan utama di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Hotel Zenith Putrajaya memiliki 253 bilik, termasuk 11 suite eksekutif,…










