TELUK INTAN 12 April – Seorang pemandu van maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Jalan Hutan Melintang, Batu 8 dekat sini hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rosli Wan Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.24 petang. Beliau berkata, pemandu lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir setelah tersepit di tempat duduknya.…









