KUALA KANGSAR 30 April – Seorang pemandu bas maut manakala enam penumpang cedera setelah kenderaan yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler muatan besi di Kilometer 231.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 4.05 pagi itu, lelaki terbabit maut di tempat kejadian manakala enam penumpang iaitu empat orang dewasa dan dua kanak-kanak yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Ketua Polis…










