TEMERLOH 11 April – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke kawasan air berpusar di Sungai Semantan di sini ketika sedang memancing bersama rakannya di sungai berkenaan semalam. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2, Rosdi Mustafa berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku ketika Mohd. Fadli Izam Said Muhammad, 31, sedang memancing bersama tiga rakannya. “Mangsa dipercayai tergelincir daripada tebing batu ke dalam sungai berkenaan. “Rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana arus berpusar,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya