MADRID 4 April – Zinedine Zidane kecewa pemainnya kurang motivasi ketika Real Madrid kalah mengejut 1-2 kepada Valencia dalam aksi La Liga, hari ini. Jaringan Goncalo Guedes dan Ezequiel Garay membolehkan Valencia mendahului 2-0 sebelum Karim Benzema menanduk gol saguhati pada waktu kecederaan. Ini kekalahan pertama Real sejak kembali diambil alih oleh Zidane. Skuad Los Blancos sebelum itu menang dalam dua aksi terdahulu. “Kami akan cuba menamatkan musim pada kedudukan…










