JOHOR BAHRU 12 April – Semua pihak termasuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menghormati perlembagaan negara yang diamalkan selama ini iaitu Sistem Raja Berperlembagaan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, jika semua pihak tahu menghormati perlembagaan tersebut beliau percaya kemelut atau krisis di antara Raja pemerintah negeri dan kepimpinan pusat dapat diatasi dengan baik. “Negara kita mengamalkan Sistem…









